Kebaikannya
Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan laman sosial dapat menambahkan kenalan baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman social ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah lama diceburi oleh rakan dan dapat berinteraksi antara satu sama lain. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.
Selain itu, ramai pelajar juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook, instagram dan twitter. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka. Oleh itu, ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.
Kebaikan yang jelas ialah kita dapat menerima maklumat dengan cepat dan mudah melalui penggunaan internet. Kita boleh mendapatkan maklumat hanya dengan satu sentuhan jari. Sebelum era internet sebarang maklumat sukar didapati dan melibatkan kos dan masa yang keterlaluan tetapi kini semua maklumat tersedia.Lantaran itu, bergantung kepada kita sebagai pengguna samada mahu menggunakan atau tidak.
Mala, pelajar juga boleh mendapatkan penyebaran ilmu yang luas dan pantas. Hal ini kerana media massa membantu pelajar untuk meneroka lebih tentang sistem pembelajaran. Contohnya , pelajar yang ingin mengetahui lebih lanjut subjek atau bidang yang diambil , mereka dapat mengetahui semua di media massa. Bukan itu sahaja, pelajar yang kurang faham akan pembelajarannya,mereka dapat mencari pembelajaran kemahuan mereka. Perkara ini dapat membantu pelajar dalam pemberian ilmu pengetahuan. Jelaslah bahawa media massa sangat membantu kepada pelajar.