Konsep Perlembagaan
E-folio: Blog(Konsep Perlembagaan)
Nama ahli : Caroline Malaya anak Micheal(20DDT19F1093)
Nur Hamizah binti Rahman(20DDT19F1108)
Pada era globalisasi ini, kita dapat melihat dari kaca
televisyen dan di corong radio tentang rakyat yang semakin alpa akan konsep
perlembagaan ini.Sebagai seorang rakyat Malaysia, konsep perlembagaan adalah
sesuatu yang amat penting. Konsep perlembagaan ini dikenali sebagai
Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengandungi 183 pekara(Undang-Undang
Tertinggi Negara). Merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah
dibentuk berasaskan 2 dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan dokumen rasmi
dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada
kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Konsep perlembagaan
ini bukan hanya untuk suka-suka diwujudkan tetapi mempunyai tujuan. Tujuan
perlembagaan ini diwujudkan adalah :
1. Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara.
2. Menjadi garis panduan pembentukan undang-undang.
3. Mewujudkan kestabilan negara.
4. Menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.
5. Memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
Sejarah tentang konsep perlembagaan:
Perlembagaan Malaysia pernah dikenali sebagai Perlembagaan
Tanah Melayu. Setelah itu,nama telah diubah kepada Perlembagaan Persekutuan
Malaysia setelah Malaysia dibentuk. British telah kembali ke Tanah Melayu dan
memperkenalkan Malayan Union iaitu salah satu pemerintahan baharu ketika itu.
Malangnya pemerintahan tersebut mendapat tentangan yang hebat daripada orang
Melayu. Disebabkan penentangan tersebut, British telah memperkenalkan
pentadbiran baru iaitu Perjanjian Persekutuan.
Konsep Perlembagaan:
Perlembagaan Malaysia
lahir serentak dengan kelahiran negara Malaysia pada tahun 1963 yang lalu.
Perlembagaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana ia terbina di atas
Perlembagaan Perekutuan Tanah Melayu (PTM) yang telah terpakai semenjak malaya
merdeka sehinggalah Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Pembentukkan
Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia.
Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31
ogos 1957.Tempoh 129 tahun telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan
negara sehingga kini termasuklah Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969,
Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan sejarah,
Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 ogos 1957.Tempoh 129 tahun
telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan negara sehingga kini
termasuklah perhubungan etnik di negara ini.
Konsep ketinggian Perlembagaan adalah seperti berikut:
Perlembagaan Persekutuan merupakan
undang-undang tertinggi:
•Menjadi punca kepada semua
undang-undang
•Tidak ada sebarang institusi di
Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan
•Semua undang-undang tidak boleh
berlawanan dengan Perlembagaan
•Mahkamah mempunyai kuasa
membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan
dengan Perlembagaan.
•Walaupun Yang di-Pertuan Agong
adalah Ketua Negara, tetapi Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan.
Perlembagaan dibentuk dengan tujuan
berikut iaitu:-
• Mewujudkan satu bentuk
pemerintahan yang adil.
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
oleh pemerintah.
• Mengawal pergerakan kerajaan dan
rakyat.
• Alat untuk menyelesaikan masalah.
• Menjamin riwayat negara bangsa.
• Menjamin keamanan dan kestabilan
negara.
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
-Konsep Masyarakat
Masyarakat adalah sekelompok manusia yang mempunyai cara
gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan struktur
tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi tertentu
untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari
kelompok ke kelompok lain.
Umumnya, ciri-ciri masyarakat adalah seperti berikut:
-Hidup berkelompok.
- Mempunyai budaya.
- Mengalami perubahan.
-Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok.
- Ada kepimpinan.
- Konsep Budaya
Budaya didefinisikan
sebagai cara hidup sesuatu masyarakat hasil kegiatan dan ciptaan akal manusia
seperti kepercayaan, kesenian, adat istiadat dan lain-lain lagi.
Malaysia yang unik kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang
bangsa, etnik dan agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia
istimewa di mata dunia.Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan
dari negara-negara luar adalah Melayu, masyarakat majmuk masyarakat yang
terdiri dari pelbagai etnik.Masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa
dan adat resam.Walaupun mereka hidup di bawah satu sistem politik, namun mereka
menjalani kehidupan secara berasingan.Interaksi di antara mereka adalah amat
sedikit dan amat terbatas. Interaksi wujud hanya dalam bidang ekonomi seumpama
ketika proses jual beli di pasar sahaja. Seterusnya pemisahan tersebut
berlarutan sehingga di bidang pekerjaan, di mana bidang pekerjaan adalah
mengikut etnik atau kaum tertentu. Dalam era globalisasi pelbagai cabaran
dihadapi dalam memupuk perpaduan kaum.Pelbagai pendekatan telah diambil oleh
pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan berterusan.
Unsur - unsur Tradisi Perlembagaan
-Bahasa Melayu
Perkara 152(1) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, namun
penggunaan dan pembelajaran bahasa - bahasa lain tidak dihalang. Contoh
penggunaan bahasa Cina, Tamil di media cetak atau elektronik, di sekolah -
sekolah ada subjek bahasa Iban, Kadazan, Cina dan Tamil.
-Agama Islam
Perkara 3 Islam sebagai Agama rasmi. Walaupun agama Islam
dianggap sebagai agama rasmi, namun agama - agama lain boleh diamalkan secara
bebas dalam persekutuan Malaysia.
-Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak
Hak ini meliputi pejawatan dalam perkhidmatan awam,
biasiswa, pendidikan, permit dan lesen perniagaan. Selain itu, berkaitan dengan
perezaban tanah. Perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan
penarikan hak berkaitan terhadap kaum lain. Etnik lain juga diberikan ruang
untuk terlibat dalam perkara yang serupa dengan bilangan yang minoriti.
-Pemerintahan beraja Perkara 32, 38(4)
Kedudukan Raja - Raja Melayu dalam sistem pemerintahan
negara. Kewujudan institusi ini adalah simbol kuasa, kestabilan politik dan
perpaduan etnik.
Kesimpulan
-Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu
menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini.Isu-isu internal dan
external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan
bijak.Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan
etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai
oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi
negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas
agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan
yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era
globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara.Justeru itu, sesebuah
negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran
yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik
mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang
lain.Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang - undang mempunyai peranan yang
sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara. Perlembagaan
merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Perlembagaan
juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.
Peruntukan - peruntukan utama perlembagaan merupakan satu asas yang menjadi
tulang belakang kepada sistem pemerintahan di Malaysia.
Rujukan:
http://perlembagaanmalaysiah7.blogspot.com/2014/08/perlembagaan-malaysia_19.html?m=1
https://www.slideshare.net/rosnabil/konsep-perlembagaan
https://www.notasejarah.com/nota-sejarah-tingkatan-5-bab-7-sistem-pemerintahan-malaysia/
Comments
Post a Comment