Cara - cara media massa mempengaruhi
Media massa memainkan sebuah peranan yang penting dalam penyebaran dan penyampaian maklumat dan pendidikan kepada setiap masyarakat terutamanya golongan pelajar. Sejak akhir-akhir ini, kita dapat melihat media massa ini sangat mempengaruhi sosialisasi pelajar. Hal ini disebabkan pengaruh media massa semakin berkembang. Pengaruh media massa ini memberikan kesan yang negatif dan positif kepada sosialisasi pelajar di negara kita kerana terlalu mengikuti cara sosialisasi negara barat atau negara luar.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa pengaruh media massa ini merupakan aspek yang penting terhadap kemasukanbudaya barat seperti seks bebas,homoseksual,black metal dansebagainya. Media cetak dan media elektronik amat memberipengaruh yang besar kepada sosialisasi pelajar. Media cetakdan media elektronik seperti telefon pintar, majalah-majalahdan televisyen sering memaparkan gambar-gambar yang tidaksenonoh serta tidak beretika seperti pergaulan bebas antaralelaki dan perempuan, merokok dan cara pemakaian yang menjolok mata itu amat tidak bersesuaian dengan budayatimur.
Pekara ini secara tidak langsung akan mempengaruhitingkah laku dan pemikiran pelajar. Selain itu juga, penggunaan internet yang secara meluas dengan kadarbayaran rendah juga seperti menggalakkan kemasukan budayabarat apatah lagi semua maklumat dihujung jari dan bolehdidapati dengan pantas. Kemasukan budaya barat akanmemberikan impak negatif kepada adab dan akhlak pelajar. Hal ini kerana bertentangan dengan norma-norma yang bertunjangkan agama setempat. Kerosakan jati diri pelajarakan memberi impak yang sangat buruk terhadappembangunan negara kerana kita ingin melahirkan insan kelaspertama di masyarakat kita.