Pengenalan
Pada era globalisasi ini, media massa banyak memberi faedah kepada seluruh masyarakat terutamanya berkaitan hal ehwal semasa, berita luar mahupun dalam negara. Media turut memberi manfaat kepada perkembangan pendidikan masa kini. Namun dalam masa yang sama media massa juga mungkin menyumbang ke arah kesan negatif. Salah satu penyebab berlakunya keruntuhan akhlak remaja masa kini adalah hasil daripada bahan dan rancangan media massa yang dipaparkan dalam negara. Hal ini turut diakui oleh Bushman & Heusman (2001) bahawa hasil penelitian para pengkaji menunjukkan bahawa paparan media elektronik dan media cetak boleh mempengaruhi tingkah laku golongan remaja yang juga dikategorikan sebagai pelajar. Masyarakat Islam sering didedahkan dengan pelbagai maklumat yang kurang tepat, palsu, menyeleweng seterusnya merosakkan minda serta menjadikan sejumlah anggota masyarakat kita hilang jati diri dan keperibadian akhlak yang mulia. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go ...